SUDUT PETUA DALAM MASAKAN
Untuk Lembutkan Daging :-Masukkan beberapa asam keping ke dalam air rebusan daging
-Biarkan sehingga air rebusan kering
-Perapkan semalaman
-Bolehlah masak daging mengikut selera
-Selamat mencuba...
Untuk Elakkan Daging Berbau Hamis:
-Gunakan beberapa helai daun jambu
-Ramas daun jambu bersama dengan daging
-Toskan air sehingga kering
-Perapkan daging bersama halia dan bawang putih yang telah ditumbuk
- Selamat mencuba...
Untuk Mengurangkan Ledir Pada Buah Bendir:
-Elakkan memotong bendir terlebih dahulu semasa merebus
-Rebus bendir tanpa potong
-Bila dah lembut keluarkan bendir dari air rebusan dan tos seketika
-Potong bendir dan masak mengikut selera
-Selamat mencuba...
Untuk Mengopek Bawang Putih Dengan Cepat
-Bawang putih hendaklah di ceraikan seulas demi seulas
-Rendamkan bawang putih ke dalam air sehari atau satu malam
-Toskan air dan boleh mengopeknya dengan mudah
-Selamat mencuba...
sy nk resepi ketam mask lada hitam....;)
ReplyDeletesy nk resepi ketam masak lada hitam..ehehe ;)
ReplyDeletehai
ReplyDelete