Welcome......

Selamat datang ke blog saya. Di sini saya ingin berkongsi resepi bersama kawan-kawan atau sesiapa yang berminat untuk mendapatkan resepi. Kalau ada apa-apa komen bolehlah tinggalkan komen anda diruangan yang saya sediakan. Selamat mencuba......

Monday, October 17, 2011

SELAMAT DATANG KE THE RESEPI:

SUDUT PETUA DALAM MASAKAN

Untuk Lembutkan Daging :

-Masukkan beberapa asam keping ke dalam air rebusan daging
-Biarkan sehingga air rebusan kering
-Perapkan semalaman
-Bolehlah masak daging mengikut selera
-Selamat mencuba...

Untuk Elakkan Daging Berbau Hamis:
-Gunakan beberapa helai daun jambu
-Ramas daun jambu bersama dengan daging
-Toskan air sehingga kering
-Perapkan daging bersama halia dan bawang putih yang telah ditumbuk
- Selamat mencuba...

Untuk Mengurangkan Ledir Pada Buah Bendir:

-Elakkan memotong bendir terlebih dahulu semasa merebus
-Rebus bendir tanpa potong
-Bila dah lembut keluarkan bendir dari air rebusan dan tos seketika
-Potong bendir dan masak mengikut selera
-Selamat mencuba...

Untuk Mengopek Bawang Putih Dengan Cepat

-Bawang putih hendaklah di ceraikan seulas demi seulas
-Rendamkan bawang putih ke dalam air sehari atau satu malam
-Toskan air dan boleh mengopeknya dengan mudah
-Selamat mencuba...









 


3 comments:

Any komen.....tick here!